Wednesday, December 22, 2010

Sepuluh Wasiat Hasan Al-Banna


Wasiat-wasiat Imam As-syahid Hasan Al-Banna:
  1. Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.
  2. Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah.
  3. Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar islam.
  4. Jangan saudara banyakkan (al-jadal) perdebatan, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah SWT bersifat tenang dan serius.
  6. Saudara jangan bergurau; kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
  7. Jangan angkat suaramu lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.
  8. Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan bercakap kecuali kebajikan.
  9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara; sekalipun saudara tidak meminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
  10. Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

(oleh Dr. Abdul Azim Ibrahim al-muti'ni & Alias Othman - penterjemah)

No comments:

Post a Comment