Thursday, January 27, 2011

TUDUNG?

Alhamdulillah cantik tudung zaman sekarang ni kan......................... Gambar diatas adalah sekadar hiasan sahaja. Betul kah kita tak boleh kata apa-apa pasal tudung yang kita selalu pakai hari-hari.

Ada yang suka tudung bawal.. Macam le kita tak perasan yang tudung bawal tu jarang hingga nampak yang didalam tudung tu sendiri. Jadi apa guna kita pakai tudung jarang tapi tak dapat apa-apa melainkan dosa.Tidak memenuhi syarat bertudung.

Kedua lak tudung dipakai. Macam tudung diatas tetapi pendek hingga nampak apa yang ada di dada. walau tak begitu jelas. Tetapi tetap nampak tanpa dilindungi olen kain tudung. Aduh... yang ini lagi hebah. godaan iman kepada lelaki yang melihat. Sabar je la.. Salah lagi.Habis ape yang benar.

Ketiga lak tudung yang cantik. Penuh dengan batu permata. Bunga-bungaan. Serta ada yang pakai tudung dengan selendang yang panjang. Berlebih-lebihan menurut ISLAM. Maka ianya juga menjadi 1 dosa juga.

Akhir sekali yang ingin aku taip ialah tentang wanita yang memakai tudung dan dipinkan di belakang leher. Juga menyalahi etika bertudung menurut ISLAM kerana ia menyerupai sister.

Begitu lah risalah kecil yang ingin ku taip untuk tatapan pembaca. Agar menjadi nasihat dan panduan kita didalam hidup agar tidak tersasar dari JALAN ALLAH. Juga agar tudung yang kita pakai bukan untuk kemegahan atau kealiman. Ianya adalah kerana ALLAH.

Friday, December 31, 2010

Renung seketika.

Ketika ini aku terfikir, siapakah aku disisi Allah?
Kenapakah aku diciptakanNya?
Aku punya banyak dosa...
Tak tertanggung rasanya...
Tapi aku perlu bersyukur,
Kerana Allah menciptakan aku sabagai manusia..
Yang punya akal untuk berfikir..
Tidak sebagai kucing atau anjing atau gajah..
Tapi Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia.
Cuba lihat kucing, ia manja..
Anjing pula, ia setia..
Dan gajah, ia gagah..
semuanya untuk manusia..
Ya... semuanya Allah cipta untuk manusia..
Tapi manusia yang Allah cipta untuk beribadah padaNya..
Buat onar dalam dunia..
Adilkah itu?
Wajarkah manusia yang khianat pada Penciptanya diberi syurga?
Ada manusia tidak mengaku adanya Tuhan didunia ini.
Ada manusia menyembah benda lain yang dianggap Tuhan..
Ada manusia suka merosak dan membunuh apa saja..
Ada manusia ingin kaya, glamour dan dihormati..
Ada manusia salahkan Tuhan bila kesusahan menerpa..
Jadi yang manakah kita..?
Jikalau tak percaya semak semula diri kita..
Kita manusia yang sering berbuat dosa dan lupa..
Jika ingat..syukurlah.
Bertaubatlah kita agar kita dicintai oleh Pencipta
Dia Maha pengasih..MahaPengampun..
Syukurlah kita kerana kita manusia yang bila lupa kita akan ingat semula dan bertaubat atas kealpaan kita.

Wednesday, December 22, 2010

Sepuluh Wasiat Hasan Al-Banna


Wasiat-wasiat Imam As-syahid Hasan Al-Banna:
  1. Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.
  2. Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah.
  3. Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar islam.
  4. Jangan saudara banyakkan (al-jadal) perdebatan, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah SWT bersifat tenang dan serius.
  6. Saudara jangan bergurau; kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
  7. Jangan angkat suaramu lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.
  8. Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan bercakap kecuali kebajikan.
  9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara; sekalipun saudara tidak meminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
  10. Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

(oleh Dr. Abdul Azim Ibrahim al-muti'ni & Alias Othman - penterjemah)

Saturday, July 25, 2009

Berkat Air Mata Air.


Rupanya ada rahsia untuk memastikan anak ikan keli boleh hidup dan membesar. Ujar penternak di Terengganu, gunakan air mata air.

BARU berjinak dalam bidang ternakan keli, Mohd, Irewan Abd. Jalil pernah hampir putus asa kerana semua anak ikan keli di kolamnya mati tanpa sebab. Pelbagai cara telah dicuba, tetapi hampir semua anak-anak ikan itu akan mati selepas menetas."Kira-kira dua bulan jugalah saya dan seorang rakan kongsi cuba melakukan try and error ke atas air yang digunakan bagi membolehkan anak ikan keli terus hidup. Lima kali mencuba semua anak ikan mati."Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung, sehingga suatu hari, rakan perniagaan di daerah lain memberitahu air yang terbaik untuk membenihkan telur ikan keli adalah air mata air.Itulah cerita anak muda, Mohd. Irewan, 26, yang bekerjasama dengan rakan sekampungnya, Mohd. Fauzi Abd. Rahman.

Proses Mengeluarkan Telur Ikan.

Dua jejaka bujang berasal dari Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu itu mula berjinak dengan projek berkenaan pada bulan Ramadan tahun lepas.Kata Mohd. Irewan, beliau terpaksa menggali tanah di tapak pembenihan di Kampung Padang Midin di Kuala Terengganu milik mereka bagi mendapatkan air mata air."Selepas kami menggunakan air berkenaan, anak ikan yang terhasil kira-kira 20,000 hingga 50,000 masih mati.

Apabila dikaji, ia berpunca daripada mata air di tapak berkenaan yang berwarna kemerahan dan mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak ikan kerana kawasan itu berpaya," katanya.Beliau yang mempunyai Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor menambah, apabila meninjau di kawasan sekitar kampung berkenaan, terdapat sebuah telaga yang diyakini mampu memanjangkan jangka hayat benih ikan keli.Apabila dirisik, akhirnya beliau meminta izin tuan punya telaga berkenaan untuk mengepam air terbabit ke tapak projek."Tuan punya telaga berkenaan bersetuju dan kami menggunakan pam menyedut air telaga yang terletak kira-kira 400 meter daripada tapak projek dengan menggunakan paip getah untuk mengisi 12 kolam.

"Akhirnya benih ikan mampu bertahan sehingga ia mampu dijual dengan saiz maksimum sepanjang lima sentimeter seekor," katanya yang pada mulanya risau mengenai cara terbaik menghasilkan anak ikan bermutu tinggi.Beliau yang menggunakan kolam berukuran tiga meter lebar dan 21 meter panjang itu terpaksa mengambil masa sehingga hampir setahun mempelajari selok belok pembenihan dan pengurusan anak ikan secara sistematik.Katanya, menguruskan anak ikan yang berusia sehingga 45 hari amat sukar lebih-lebih lagi ia amat sensitif dengan persekitaran dan makanan."Untuk permulaan selepas proses penetasan sehingga usianya mencecah sembilan hari, ia perlu diberi makan artemia atau anak udang.

"Selepas itu apabila usianya mencecah sehingga 45 hari atau panjangnya sehingga lima inci ia boleh diberi makan moina atau sejenis hidupan air yang kecil, lebih kecil daripada jentik-jentik," ujarnya.Lebih menarik, katanya, anak ikan keli yang dijual mereka tidak pernah dinaikkan harga dan ia dikekalkan sejak projek berkenaan dimulakan.ANAK ikan keli di bawah usia 45 hari memerlukan penjagaan rapi.




Katanya, setiap ekor anak ikan berukuran dua inci dijual pada harga RM0.10, tiga inci (RM0.20) dan RM0.25 jika panjang anak ikan keli mencecah lima inci.Mohd. Irewan memberitahu, air yang digunakan perlu ditukar setiap hari bagi menghalang anak ikan lemas kekurangan oksigen."Pada permulaan kami hanya mampu menghasilkan kira-kira 20,000 ekor anak ikan tetapi kini setiap bulan, anak ikan yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 200,000 ekor."Soal pemasaran, tiada masalah kerana penternak ikan keli di Terengganu terutama di daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman akan datang ke tapak pembenihan ikannya," katanya.Beliau yang turut mengusahakan tanaman cendawan berkata, mereka berdua pada mulanya mahu membantu penternak ikan keli di negeri Terengganu mendapatkan benih ikan dengan tidak perlu ke negeri lain untuk mendapatkannya.Katanya, bermula dari situlah beliau dan Mohd. Fauzi rakan kongsinya berazam memulakan projek berkenaan kerana peluang terbuka luas untuk mereka menolong penternak ikan keli."Lagipun, permintaan ikan keli di restoran atau kedai-kedai makan tidak akan putus, jadi peluang mengusahakannya seharusnya tidak boleh ditolak begitu sahaja," katanya.




Senyum itu penawar duka.... Senyum lah pada ikan kalau tak de awek dekat situ..

Friday, June 19, 2009

Pelihara Ikan Keli Secara Integrasi Di Sawah




Satu lagi info menarik tentang penternakkan ikan keli. Nak cari rezeki kat mukabumi Allah ni memang banyak. Halal haram je yang kita kena jaga.. Bak kata orang sekarang, Lu fikir la sendiri.. Teruskan membaca..



Pendahuluan

Pengkulturan ikan di sawah secara tradisional telah diamalkan sejak turun temurun lagi, namun amalan ini telah ditinggalkan sejak penanaman padi dua kali setahun dan penanaman padi tabur terus diamalkan. Penggunaan varieti padi yang berhasil tinggi dan peka kepada serangan perosak tanaman telah mengakibatkan penggunaan racun perosak yang banyak dan berlebihan. Keadaan ini menjadikan sawah-sawah padi tidak lagi sesuai untuk kehidupan ikan air tawar.




Kebaikan Pemeliharaan Ikan Keli



Antara kebaikan utama pemeliharaan ikan keli di sawah ialah :



1. Menambah pendapatan dan sumber protein dalam makanan.



2. Sebagai agen biologi kawalan makhluk perosak sawah padi, di mana ikan-ikan keli ini akan memakan ulat/larva, cacing dan serangga yang terdapat di sawah.



3 . Mengurangkan kos pengeluaran tanaman padi melalui pengurangan penggunaan racun perosak.



4. Aktiviti membalik-balikkan tanah dengan mulut oleh ikan membantu mengawal pertumbuhan benih rumpai.



5. Mengekalkan keadaan semula jadi ekosistem tanaman padi.



Keperluan Kawasan Peliharaan



Sawah yang dipilih perlulah rata dan yang mempunyai parit ladang serta sistem kawalan air sawah yang berkesan.
Parit kecil berukuran 45 cm dalam dan 60 cm lebar dibina di setiap lot. Ia dibuat di keliling bahagian dalam sawah supaya ikan dapat dipindahkan ke parit ini semasa mengeringkan sawah. Parit buang yang terdapat berhampiran sawah dibersihkan. Dua kolam atau telaga kecil dibina di tempat air keluar sebagai tempat ikan berkumpul dan berlindung. Reka bentuk sistem pemeliharaan ikan di sawah padi ditunjukkan di dalam rajah 1.
Jaring dipasang di punca air masuk dan keluar untuk mengelakkan ikan-ikan lain masuk ke dalam sawah dan ikan yang dipelihara keluar dari sawah. Jaring, contohnya jaring pukat di pasang setinggi 50 cm dan ditanam 10 cm dalam di sempadan projek/sawah untuk mengelakkan ikan melompat keluar dan untuk kawalan musuh/pemangsa seperti ikan haruan dan katak.



Pelepasan



Jenis ikan yang disyorkan adalah dari kacukan ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) dan ikan keli bunga (Clarias macrocephalus).



· Anak ikan keli berukuran 7.5 cm panjang (berumur 5 minggu ) dilepaskan terus ke dalam sawah padi di mana paras air ialah 7.5 - 10 cm iaitu 15 - 21 hari selepas padi ditabur. Sebanyak 3000 - 4000 ekor anak ikan dilepaskan dalam sehektar sawah. Pelepasan dibuat pada awal pagi atau petang.



· Anak-anak ikan yang bersaiz 2.5 cm panjang tidak dilepaskan tems ke dalam sawah, tetapi dilepaskan ke dalam sangkar untuk diasuh. Saiz sangkar berukuran 1.2 m x 0.9 m (satu hektar memerlukan dua sangkar). Sebanyak 4000 ekor dilepaskan ke dalam satu sangkar. Anak-anak ikan ini diberi makan dedak halus dua kali sehari iaitu 400 gram sehari untuk satu sangkar. Selepas anak ikan berukuran 5 - 7.5 cm panjang, sangkar dibuang dan anak-anak ikan bebas di dalam keseluruhan petak sawah. Pada masa ini tiada makanan tambahan diberi. Anak-anak ikan keli,ini memakan apa sahaja makanan yang ada di dalam petak sawah. Paras air sawah perlu dikekalkan pada kedalarnan 10– 15 cm dan perlu bebas daripada bahan-bahan toksik.


Hasil



Hasil mula dikutip selepas 60 - 70 hari ikan dilepaskan di sawah, di mana ikan keli telah mencapai purata berat 200 - 250 gram seekor. Pada masa ini padi berada di peringkat bunting/hampir terbit. Air dikeluarkan ke parit buang dan ikan ditangkap dalam sangkar/kolam yang disediakan. Setelah itu air dimasukkan semula ke dalam sawah. Kutipan hasil boleh dibuat berperingkat-peringkat bergantung kepada permintaan/ pasaran. Setelah padi di peringkat berisi penuh, air sawah dikeringkan. Ikan dialirkan ke dalam parit buang/kolam.Daripada jumlah keseluruhan anak ikan yang dilepaskan, dianggarkan 20 % akan mati disebabkan masalah penyesuaian ternpat dan dimakan musuh seperti burung dan ikan haruan. Oleh itu anggaran hasil ialah 2,400 ekor. Dengan keberatan 200 gram sekor, ini menjadikan hasil keseluruhan ialah 480 kilogram. Pada harga jualan RM 3.00/kg, jumlah hasil dianggarkan bernilai RM 1440. Keuntungan kasar setelah ditolak kos iaitu RM 650 [yang terdiri daripada anak ikan (RMO.20/ekor), dedak dan jaring (RM 50)] dianggarkan bernilai RM 790.

Wednesday, June 17, 2009

Ikan Keli Gergasi.



Assalamualaikum.
Pasti anda tertanya-tanya betulkah ada ikan sebesar manusia yang bernama ikan keli? Larat ke nak makan ni? Dengan tersiarnya gambar keli gergasi ini, jadi percayalah. Ianya benar belaka. Inilah bukti kekuasaan Allah. Apabila Allah menginginkan ianya ter jadi maka terjadilah ia. Sebagai iktibar kita bersama agar mengakui kekuasaanNya. Kita juga mesti berhati-hati apabila pergi ke tasik, kolam dan lombong untuk memancing atau berenang. Ini kerana takut-takut kita pula yang menjadi bahan makanan ikan keli gergasi lain seperti yang terjadi di China.
Tetapi jangan serik untuk makan ikan keli. Ikan keli yang lain tetap sedap untuk di makan. Dibakar, digoreng atau apa saja, ia tetap menjadi kegemaran saya dan semua penggemar rasa enak ikan keli itu. Sekian dulu untuk kali ini.

Saturday, June 13, 2009

Penjagaan Keli Ternak.


Assalamualaikum..Disini terdapat sedikit info bagaimana menjaga keli yang di ternak kanvas atau kolam agar tidak mudah di jangkiti penyakit atau mati.


A) Faktor-Faktor Tekanan


Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;


i) Suhu


Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tidak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.

b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndam kandi dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikanakan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air didalam kolam.


ii) Sumber dan Mutu Air.


Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahanpencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara6.5 – 9.0 .


iii) Pengendalian.


Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberipeluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.


iv) Faktor Kesesakan.


Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkankesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.


v) Makanan.


Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklahdiberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang,Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupidan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.




B) Ciri-Ciri Kolam


Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.



C) Pengawalan Patogen


1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulusdan Lernaea.


2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akanmembunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.


3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppmselama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.


4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.


5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.


6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.


7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.




(sumber diambil dari Fishplaza)