Saturday, June 13, 2009

Penjagaan Keli Ternak.


Assalamualaikum..Disini terdapat sedikit info bagaimana menjaga keli yang di ternak kanvas atau kolam agar tidak mudah di jangkiti penyakit atau mati.


A) Faktor-Faktor Tekanan


Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;


i) Suhu


Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tidak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.

b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndam kandi dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikanakan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air didalam kolam.


ii) Sumber dan Mutu Air.


Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahanpencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara6.5 – 9.0 .


iii) Pengendalian.


Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberipeluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.


iv) Faktor Kesesakan.


Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkankesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.


v) Makanan.


Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklahdiberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang,Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupidan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.




B) Ciri-Ciri Kolam


Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.



C) Pengawalan Patogen


1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulusdan Lernaea.


2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akanmembunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.


3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppmselama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.


4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.


5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.


6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.


7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.




(sumber diambil dari Fishplaza)

No comments:

Post a Comment