Saturday, July 25, 2009

Berkat Air Mata Air.


Rupanya ada rahsia untuk memastikan anak ikan keli boleh hidup dan membesar. Ujar penternak di Terengganu, gunakan air mata air.

BARU berjinak dalam bidang ternakan keli, Mohd, Irewan Abd. Jalil pernah hampir putus asa kerana semua anak ikan keli di kolamnya mati tanpa sebab. Pelbagai cara telah dicuba, tetapi hampir semua anak-anak ikan itu akan mati selepas menetas."Kira-kira dua bulan jugalah saya dan seorang rakan kongsi cuba melakukan try and error ke atas air yang digunakan bagi membolehkan anak ikan keli terus hidup. Lima kali mencuba semua anak ikan mati."Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung, sehingga suatu hari, rakan perniagaan di daerah lain memberitahu air yang terbaik untuk membenihkan telur ikan keli adalah air mata air.Itulah cerita anak muda, Mohd. Irewan, 26, yang bekerjasama dengan rakan sekampungnya, Mohd. Fauzi Abd. Rahman.

Proses Mengeluarkan Telur Ikan.

Dua jejaka bujang berasal dari Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu itu mula berjinak dengan projek berkenaan pada bulan Ramadan tahun lepas.Kata Mohd. Irewan, beliau terpaksa menggali tanah di tapak pembenihan di Kampung Padang Midin di Kuala Terengganu milik mereka bagi mendapatkan air mata air."Selepas kami menggunakan air berkenaan, anak ikan yang terhasil kira-kira 20,000 hingga 50,000 masih mati.

Apabila dikaji, ia berpunca daripada mata air di tapak berkenaan yang berwarna kemerahan dan mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak ikan kerana kawasan itu berpaya," katanya.Beliau yang mempunyai Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor menambah, apabila meninjau di kawasan sekitar kampung berkenaan, terdapat sebuah telaga yang diyakini mampu memanjangkan jangka hayat benih ikan keli.Apabila dirisik, akhirnya beliau meminta izin tuan punya telaga berkenaan untuk mengepam air terbabit ke tapak projek."Tuan punya telaga berkenaan bersetuju dan kami menggunakan pam menyedut air telaga yang terletak kira-kira 400 meter daripada tapak projek dengan menggunakan paip getah untuk mengisi 12 kolam.

"Akhirnya benih ikan mampu bertahan sehingga ia mampu dijual dengan saiz maksimum sepanjang lima sentimeter seekor," katanya yang pada mulanya risau mengenai cara terbaik menghasilkan anak ikan bermutu tinggi.Beliau yang menggunakan kolam berukuran tiga meter lebar dan 21 meter panjang itu terpaksa mengambil masa sehingga hampir setahun mempelajari selok belok pembenihan dan pengurusan anak ikan secara sistematik.Katanya, menguruskan anak ikan yang berusia sehingga 45 hari amat sukar lebih-lebih lagi ia amat sensitif dengan persekitaran dan makanan."Untuk permulaan selepas proses penetasan sehingga usianya mencecah sembilan hari, ia perlu diberi makan artemia atau anak udang.

"Selepas itu apabila usianya mencecah sehingga 45 hari atau panjangnya sehingga lima inci ia boleh diberi makan moina atau sejenis hidupan air yang kecil, lebih kecil daripada jentik-jentik," ujarnya.Lebih menarik, katanya, anak ikan keli yang dijual mereka tidak pernah dinaikkan harga dan ia dikekalkan sejak projek berkenaan dimulakan.ANAK ikan keli di bawah usia 45 hari memerlukan penjagaan rapi.




Katanya, setiap ekor anak ikan berukuran dua inci dijual pada harga RM0.10, tiga inci (RM0.20) dan RM0.25 jika panjang anak ikan keli mencecah lima inci.Mohd. Irewan memberitahu, air yang digunakan perlu ditukar setiap hari bagi menghalang anak ikan lemas kekurangan oksigen."Pada permulaan kami hanya mampu menghasilkan kira-kira 20,000 ekor anak ikan tetapi kini setiap bulan, anak ikan yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 200,000 ekor."Soal pemasaran, tiada masalah kerana penternak ikan keli di Terengganu terutama di daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman akan datang ke tapak pembenihan ikannya," katanya.Beliau yang turut mengusahakan tanaman cendawan berkata, mereka berdua pada mulanya mahu membantu penternak ikan keli di negeri Terengganu mendapatkan benih ikan dengan tidak perlu ke negeri lain untuk mendapatkannya.Katanya, bermula dari situlah beliau dan Mohd. Fauzi rakan kongsinya berazam memulakan projek berkenaan kerana peluang terbuka luas untuk mereka menolong penternak ikan keli."Lagipun, permintaan ikan keli di restoran atau kedai-kedai makan tidak akan putus, jadi peluang mengusahakannya seharusnya tidak boleh ditolak begitu sahaja," katanya.




Senyum itu penawar duka.... Senyum lah pada ikan kalau tak de awek dekat situ..

Friday, June 19, 2009

Pelihara Ikan Keli Secara Integrasi Di Sawah




Satu lagi info menarik tentang penternakkan ikan keli. Nak cari rezeki kat mukabumi Allah ni memang banyak. Halal haram je yang kita kena jaga.. Bak kata orang sekarang, Lu fikir la sendiri.. Teruskan membaca..



Pendahuluan

Pengkulturan ikan di sawah secara tradisional telah diamalkan sejak turun temurun lagi, namun amalan ini telah ditinggalkan sejak penanaman padi dua kali setahun dan penanaman padi tabur terus diamalkan. Penggunaan varieti padi yang berhasil tinggi dan peka kepada serangan perosak tanaman telah mengakibatkan penggunaan racun perosak yang banyak dan berlebihan. Keadaan ini menjadikan sawah-sawah padi tidak lagi sesuai untuk kehidupan ikan air tawar.




Kebaikan Pemeliharaan Ikan Keli



Antara kebaikan utama pemeliharaan ikan keli di sawah ialah :



1. Menambah pendapatan dan sumber protein dalam makanan.



2. Sebagai agen biologi kawalan makhluk perosak sawah padi, di mana ikan-ikan keli ini akan memakan ulat/larva, cacing dan serangga yang terdapat di sawah.



3 . Mengurangkan kos pengeluaran tanaman padi melalui pengurangan penggunaan racun perosak.



4. Aktiviti membalik-balikkan tanah dengan mulut oleh ikan membantu mengawal pertumbuhan benih rumpai.



5. Mengekalkan keadaan semula jadi ekosistem tanaman padi.



Keperluan Kawasan Peliharaan



Sawah yang dipilih perlulah rata dan yang mempunyai parit ladang serta sistem kawalan air sawah yang berkesan.
Parit kecil berukuran 45 cm dalam dan 60 cm lebar dibina di setiap lot. Ia dibuat di keliling bahagian dalam sawah supaya ikan dapat dipindahkan ke parit ini semasa mengeringkan sawah. Parit buang yang terdapat berhampiran sawah dibersihkan. Dua kolam atau telaga kecil dibina di tempat air keluar sebagai tempat ikan berkumpul dan berlindung. Reka bentuk sistem pemeliharaan ikan di sawah padi ditunjukkan di dalam rajah 1.
Jaring dipasang di punca air masuk dan keluar untuk mengelakkan ikan-ikan lain masuk ke dalam sawah dan ikan yang dipelihara keluar dari sawah. Jaring, contohnya jaring pukat di pasang setinggi 50 cm dan ditanam 10 cm dalam di sempadan projek/sawah untuk mengelakkan ikan melompat keluar dan untuk kawalan musuh/pemangsa seperti ikan haruan dan katak.



Pelepasan



Jenis ikan yang disyorkan adalah dari kacukan ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) dan ikan keli bunga (Clarias macrocephalus).



· Anak ikan keli berukuran 7.5 cm panjang (berumur 5 minggu ) dilepaskan terus ke dalam sawah padi di mana paras air ialah 7.5 - 10 cm iaitu 15 - 21 hari selepas padi ditabur. Sebanyak 3000 - 4000 ekor anak ikan dilepaskan dalam sehektar sawah. Pelepasan dibuat pada awal pagi atau petang.



· Anak-anak ikan yang bersaiz 2.5 cm panjang tidak dilepaskan tems ke dalam sawah, tetapi dilepaskan ke dalam sangkar untuk diasuh. Saiz sangkar berukuran 1.2 m x 0.9 m (satu hektar memerlukan dua sangkar). Sebanyak 4000 ekor dilepaskan ke dalam satu sangkar. Anak-anak ikan ini diberi makan dedak halus dua kali sehari iaitu 400 gram sehari untuk satu sangkar. Selepas anak ikan berukuran 5 - 7.5 cm panjang, sangkar dibuang dan anak-anak ikan bebas di dalam keseluruhan petak sawah. Pada masa ini tiada makanan tambahan diberi. Anak-anak ikan keli,ini memakan apa sahaja makanan yang ada di dalam petak sawah. Paras air sawah perlu dikekalkan pada kedalarnan 10– 15 cm dan perlu bebas daripada bahan-bahan toksik.


Hasil



Hasil mula dikutip selepas 60 - 70 hari ikan dilepaskan di sawah, di mana ikan keli telah mencapai purata berat 200 - 250 gram seekor. Pada masa ini padi berada di peringkat bunting/hampir terbit. Air dikeluarkan ke parit buang dan ikan ditangkap dalam sangkar/kolam yang disediakan. Setelah itu air dimasukkan semula ke dalam sawah. Kutipan hasil boleh dibuat berperingkat-peringkat bergantung kepada permintaan/ pasaran. Setelah padi di peringkat berisi penuh, air sawah dikeringkan. Ikan dialirkan ke dalam parit buang/kolam.Daripada jumlah keseluruhan anak ikan yang dilepaskan, dianggarkan 20 % akan mati disebabkan masalah penyesuaian ternpat dan dimakan musuh seperti burung dan ikan haruan. Oleh itu anggaran hasil ialah 2,400 ekor. Dengan keberatan 200 gram sekor, ini menjadikan hasil keseluruhan ialah 480 kilogram. Pada harga jualan RM 3.00/kg, jumlah hasil dianggarkan bernilai RM 1440. Keuntungan kasar setelah ditolak kos iaitu RM 650 [yang terdiri daripada anak ikan (RMO.20/ekor), dedak dan jaring (RM 50)] dianggarkan bernilai RM 790.

Wednesday, June 17, 2009

Ikan Keli Gergasi.



Assalamualaikum.
Pasti anda tertanya-tanya betulkah ada ikan sebesar manusia yang bernama ikan keli? Larat ke nak makan ni? Dengan tersiarnya gambar keli gergasi ini, jadi percayalah. Ianya benar belaka. Inilah bukti kekuasaan Allah. Apabila Allah menginginkan ianya ter jadi maka terjadilah ia. Sebagai iktibar kita bersama agar mengakui kekuasaanNya. Kita juga mesti berhati-hati apabila pergi ke tasik, kolam dan lombong untuk memancing atau berenang. Ini kerana takut-takut kita pula yang menjadi bahan makanan ikan keli gergasi lain seperti yang terjadi di China.
Tetapi jangan serik untuk makan ikan keli. Ikan keli yang lain tetap sedap untuk di makan. Dibakar, digoreng atau apa saja, ia tetap menjadi kegemaran saya dan semua penggemar rasa enak ikan keli itu. Sekian dulu untuk kali ini.

Saturday, June 13, 2009

Penjagaan Keli Ternak.


Assalamualaikum..Disini terdapat sedikit info bagaimana menjaga keli yang di ternak kanvas atau kolam agar tidak mudah di jangkiti penyakit atau mati.


A) Faktor-Faktor Tekanan


Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;


i) Suhu


Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tidak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.

b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndam kandi dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikanakan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air didalam kolam.


ii) Sumber dan Mutu Air.


Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahanpencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara6.5 – 9.0 .


iii) Pengendalian.


Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberipeluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.


iv) Faktor Kesesakan.


Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkankesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.


v) Makanan.


Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklahdiberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang,Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupidan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.




B) Ciri-Ciri Kolam


Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.



C) Pengawalan Patogen


1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulusdan Lernaea.


2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akanmembunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.


3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppmselama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.


4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.


5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.


6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.


7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.




(sumber diambil dari Fishplaza)

IKAN KELI.



Ikan Keli.
Rupa ikan keli menyerupai ikan sembilang. Biasanya mempunyai warna hitam dan keperang-perangan mempunyai sesungut di mulutnya. Sesungut mempunyai bisa boleh menyebabkan kematian. Biasanya berat ikan 200 gram. Jenis-jenis ikan keli yang terdapat di Malaysia ialah ikan haruan, ploktan dan sembilang. Ikan keli mudah didapati kerana ia banyak terdapat di paya dan sawah bendang.



Kegunaan.
Ikan keli dimasak dengan dibakar, digoreng dan dibuat gulai. Masakan ikan keli popular ialah asam pedas, sambal tumis dam masak cili api. Selain dimasak ikan keli boleh membela dan dijadikan hiasan di kolam.



Lokasi.
Ikan keli biasanya terdapat di paya, air tawar dan sawah padi. Ikan keli diternak di dalam kolam atau kanvas adalah untuk tujuan komesial.




Menarik.
Cara-cara menangkap ikan keli ialah dengan melihat reaksi lumpur sawah. Sekiranya lumpur itu mempunyai pergerakan atau mengeluarkan buih, itu menandakan adanya ikan keli. Selepas itu ambil satu alat serkup dan serkup ikan keli itu. Berhati-hati,keli juga kena mempunyai bisa.Untuk membuang bisa, kita kenalah memotong mulut ikan keli. Tiada pantang larang memakan ikan keli kecuali ibu-ibu yang sedang bersalin.

Sunday, May 31, 2009

SARDIN KELI





SUNGAI BESAR 3 Ogos - Ikan keli dalam tin yang pertama kali diusahakan secara komersial di Malaysia bakal berada di pasaran September ini.
Pengerusi Agrosynergy Resources, Mohd. Zaki Sungib berkata, beliau yakin produk tersebut mampu mendapat permintaan tinggi berdasarkan khasiat tinggi yang terdapat pada ikan keli.
"Ikan keli yang ditinkan seperti sardin ini merupakan pertama kali dikomersialkan di negara ini."Kita berjaya memperoleh hak paten untuk memasarkan produk berkenaan daripada kerajaan dua minggu lalu," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Produk usahasama oleh dua syarikat milik bumiputera, Agrosynergy Resources (M) Sdn. Bhd. dan Besut Manufacturing (M) Sdn. Bhd. itu menyediakan tiga perisa iaitu kari, kerutuk dan tomato dengan anggaran harga RM2 bagi tin seberat 250 gram (gm) dan RM5 untuk 425 gm.
Sebagai permulaan, beliau menetapkan sasaran jualan sebanyak 20,000 hingga 30,000 tin sehari kepada agensi-agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan pusat serenti.
Mohd. Zaki berkata, projek tersebut bermula sejak dua tahun lalu berdasarkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan pihaknya selaku syarikat induk.
Tambahnya, menerusi program penternakan ikan keli dalam kanvas yang dijalankan di beberapa lokasi di Selangor dan Perak, Agrosynergy Resources membekalkannya kepada kilang milik Besut Manufacturing di Terengganu untuk menghasilkan pengeluaran.
Beliau memberitahu, berbeza dengan sistem pembelaan dalam kanvas, ikan keli yang diternak di dalam kolam mudah hancur selepas dua minggu ditinkan.
"Selain itu, paling penting ikan keli tidak hanyir seperti ikan-ikan jenis lain," ujarnya.


(Dipetik dari Utusan Malaysia Online)

Thursday, May 28, 2009

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdullillah.....
akhirnye siap juga blog ini.....
terima kasih yg membantu..........